Wednesday 12 February 2014

Demi Masa

"DEMI MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)

Hargailah masa. Pesanan ini ringkas tetapi penuh makna. Kenapa perlu menghargai masa? Bagaimana menghargai masa? Apakah bermain video game itu tidak menghargai masa? Pentingkah menghargai masa sehingga Allah berfirman di dalam Al Quran? Pelbagai persoalan. 

Sekadar perkongsian dari saya. Masa adalah makhluk Allah. Setiap saat adalah terlalu pendek. Andai setiap saat itu di himpunkan selama 60 saat, jadilah ia satu minit. dihimpunkan setiap minit itu seterusnya menjadi jam seterusnya hari, minggu, bulan, tahun dan seterusnya. Purata jangka hayat setiap manusia ialah kurang lebih 80 tahun. Itu kalau umur kita panjang. Amiiin..

Bermakna di sini sekecil kecil masa dalam ukuran kita adalah saat.(walaupun ada juga ukuran milisaat). Hargailah masa merujuk kepada sewaktu usia kita masih di dunia, kita perlu melakukan perkara yang dapat memberikan kita pahala. Kita mengandaikan tidak mampu membuat perkara berfaedah dalam sesaat melainkan kerlipan mata sahaja. Kita lupa bahawa, memasang niat baik pun telah dikira pahala. Andai kita menghimpunkan setiap saat itu menjadi satu minit, kita boleh melakukan perkara yang telah kita niatkan.

bersambung....=)


No comments:

Post a Comment